SUKA atau tidak, anda sebagai peminat bola sepak tempatan perlu mengakui keunggulan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva yang sudah memasuki musim kelima bersama kelab itu.
Dia yang menyertai skuad Harimau Selatan pada 2021 tidak memerlukan masa lama untuk menyesuaikan diri selepas membantu pasukan tersebut mengekalkan takhta Liga Super pada musim pertamanya.
Malah, konsistensi ditonjolkan penyerang kelahiran Brazil itu membolehkannya melakar sejarah tersendiri bersama kelab itu apabila menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 150 jaringan terhasil daripada 142 penampilan.








