Sukan

[VIDEO] Debut Ager Aketxe imbas kembali ‘magis’ Cabrera bersama JDT

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas tiada masalah membelasah Penang FC dengan kemenangan 6-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Khamis.

Pertembungan membabitkan kedua-dua pasukan yang sepatutnya diadakan 28 September ini terpaksa diawalkan bagi memberi laluan kepada JDT untuk merencana persiapan menghadapi kelab dari Jepun, FC Machida Zelvia pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di laman sendiri pada 30 September ini.

Harimau Selatan berpesta gol menerusi sumbangan Jairo da Silva, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Antonio Glauder dan dua jaringan dari ketua pasukan JDT iaitu Arif Aiman Hanapi.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh