HARIMAU Malaya terpaksa akur tidak membawa mata dari New Zealand selepas tewas 0-4 di tangan All Whites dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium North Harbour dekat Auckland, New Zealand pada Isnin.
Semua empat gol skuad kendalian Darren Bazeley hadir di separuh masa kedua perlawanan selepas kedudukan terikat tanpa jaringan di babak pertama di sebalik lambakan peluang yang berjaya dicipta pasukan tuan rumah.
Bukan hanya sekadar pulang dengan ‘tangan kosong’, malah kem Harimau Malaya juga ditimpa nasib malang apabila penyerang utama mereka iaitu Darren Lok dilaporkan mengalami kecederaan.





