BARU-BARU ini, video pemain tengah Chealsea, Conor Gallagher menjadi tular di media sosial.
Dalam video tersebut, Gallagher yang sedang berbaris di terowong Stamford Bridge itu dilihat berkelakuan sombong di depan seorang kanak-kanak pengiring ketika aksi berdepan Burnley.
Kanak-kanak lelaki itu dilihat menghulurkan tangannya untuk melakukan high five namun Gallagher hanya menepuk bahunya sebelum beralih kepada kanak-kanak lain.





