PERKEMBANGAN bola sepak di peringkat belia sememangnya sesuatu yang cukup penting kerana ia dapat membantu mencungkil bakat muda dengan masing-masing kemudiannya akan dibawa masuk ke kelab profesional.
Namun, pelbagai cabaran perlu dihadapi barisan kejurulatihan memandangkan ‘ubi muda’ sering berdepan kesukaran untuk mengawal perasaan, lebih-lebih lagi ketika mengalami kekalahan.
Contoh terbaik dapat disaksikan adalah dalam satu perlawanan tular baru-baru ini apabila dua pasukan yang difahamkan beraksi dalam kejohanan Bawah 8 Tahun (B-8) terlibat dalam satu kontroversi.