PELARI pecut kebangsaan, Azeem Fahmi sekali lagi mencipta kejayaan gemilang apabila dia bersama rakan sepasukan meraih pingat emas kedua berturut-turut dalam Kejohanan Trek & Padang NCAA di Amerika Syarikat.
Atlet Universiti Auburn itu, bersama Kanyinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakaishe Charamba, mencatat masa 38.33 saat untuk merangkul tempat pertama dalam acara lari berganti-ganti 4×100 meter di Hayward Field, Universiti Oregon pada hari Jumaat.
Pasukan Universiti Southern California pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 38.46 saat, manakala Universiti Arkansas berada di tempat ketiga dengan masa 38.72 saat.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





