RUNDINGAN Manchester United untuk membawa masuk bintang muda Brighton, Carlos Baleba berdepan jalan sukar apabila kelab itu dikatakan enggan melepaskannya dengan harga kurang daripada £112 juta (RM683 juta).
Brighton yang terkenal dengan reputasi ‘keras kepala’ dalam rundingan dilaporkan mahu memerah habis nilai pemain tengah berusia 20 tahun itu.
Tindakan Brighton itu sekali gus memaksa United menimbang pilihan lain menjelang penutupan jendela perpindahan musim panas ini.







