Sukan

[VIDEO] Bintang Liga A1 letakkan diri dalam senarai eksklusif, gegar JDT lepas hampir digugur

MISI mustahil yang sering menjadi impian pemain Liga Malaysia akhirnya berjaya direalisasikan oleh kelab Liga A1, UM Damansara United apabila mereka berjaya meledak tiga gol ke gawang kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi timbal balik Pusingan 16 Terbaik Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Khamis.

Kejayaan tersebut cukup manis buat UM Damansara bukan sahaja kerana berjaya menembusi benteng kental JDT yang terkenal dengan rekod bersih (cleansheet), tetapi juga kerana mereka hanya berstatus kelab Liga A1 berbanding JDT yang gah selaku juara Liga Super.

Walaupun tewas 3-5 dalam aksi timbal balik dan tersingkir dengan agregat 3-10, UM Damansara tetap pulang dengan prestasi membanggakan selepas mempamerkan semangat juang luar biasa serta mencipta sejarah tersendiri.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.