SELEPAS beberapa nama jurulatih dikaitkan dengan Harimau Malaya, kini pengendali kelab Jepun, Peter Cklamovski semakin kuat dikhabarkan akan mengetuai cabaran skuad kebangsaan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2027 pada tahun depan.
Jurulatih berusia 46 tahun itu merupakan anak didik pengendali kelab Inggeris (EPL), Tottenham Hotspurs iaitu Ange Postecoglou semasa di Liga Jepun dan skuad kebangsaan Australia.
Sejak 2020, Cklamovski telah mengendalikan tiga kelab dalam saingan Liga Jepun iaitu Shimizu S-Pulse, Montedio Yamagata dan FC Tokyo.