PASUKAN gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Takzim (JDT) sentiasa mencuri perhatian pemerhati bola sepak dengan kelengkapan fasiliti bertaraf dunia dan prestasi memberangsangkan dipamerkan kelab tersebut.
Ditambah pula dengan kedatangan beberapa pemain import terkemuka, membuatkan kelab itu semakin berjaya mengukuhkan kedudukan skuad tersebut selaku antara pasukan terkemuka di rantau Asia.
Harimau Selatan yang dibarisi ramai pemain kebangsaan ketika ini, dilihat semakin rancak dalam membawa masuk import ‘class A’ di Johor sebagai salah satu resipi untuk beraksi di Kejohanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) tahun ini.





