DESAS-DESUS bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora akan menggantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih kuat kebangsaan semakin diperkatakan oleh penyokong-penyokong bola sepak tempatan.
Manakan tidak, Mora sebelum ini yang bekerja rapat dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim sehingga mencipta pelbagai kejayaan bersama Harimau Selatan.
Perkara itu menguatkan lagi khabar angin tersebut apabila Tunku Mahkota Ismail bakal mengetuai organisasi baharu di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan membawa 1001 perubahan landskap bola sepak negara.