Sukan

[VIDEO] Belum sempat naik bengkung, pesilat Indonesia maut dipukul 6 senior

KHABAR duka menyelebungi dunia pencak silat Indonesia apabila seorang atlet muda mereka meninggal dunia pada Isnin lalu selepas dipukul oleh enam senior dalam kejadian yang berlaku di Gresik, Jawa Timur, Indonesia.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Aditya Pratama, 20, difahamkan dalam persediaan untuk ujian kenaikan pangkat tali pinggang bagi Ikatan Keluarga Silat Lelaki Indonesia (IKSPI) Kera Sakti di daerahnya, Cerme sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku.

Menurut Ketua Unis Siasatan Jenayah Polis Gresik, Aldhino Prima Wirdhan, mangsa yang dipukul sekitar pukul 7.30 malam (waktu Malaysia) pada Sabtu itu sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapanya sebelum hadir ke ujian kenaikan pangkat tersebut.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.