NAMA Mohd Faizal Abu Bakar cukup dikenali dalam kalangan penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila tonggak tengah berkenaan merupakan watak utama skuad Hijau Kuning bagi musim 2008 hingga 2014.
Mohd Faizal juga merupakan antara pemain yang memperkuatkan pasukan Hijau Kuning sehingga mencipta ‘double treble’ dengan meraih tiga trofi bagi dua musim berturut-turut iaitu pada 2008-2009.
Pencapaian menjadi pasukan pertama Liga Malaysia (Liga M) yang meraih gelaran berkenaan juga secara tidak langsung meletakkan skuad Sang Kenari ketika itu sebagai pasukan terbaik pernah dibentuk dalam sejarah bola sepak Kedah.