MUSIM 2025 kelihatan cukup baik buat pasangan beregu campuran negara iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Usai bergelar juara dunia pada Hari Kebangsaan yang lalu, gandingan itu terus menonjolkan kualiti mereka apabila layak ke perlawanan akhir Masters China.
Mereka menewaskan pasangan tuan rumah, Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping, 22-24 21-19 21-17 pada Sabtu untuk mara ke perlawanan akhir kedua berturut-turut selepas Kejohanan Dunia.





