PELUMBA basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan dia tidak akan bertanding dalam temasya Olimpik 2028 setelah berkali-kali bersaing dalam kejohanan tersebut.
Dalam satu video dimuat naik Zaki Zainal, atlet yang juga dikenali sebagai The Pocketrocket Man itu mengumumkan perkara tersebut sambil menegaskan dirinya masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya.
“Apabila saya pulang, saya ada bertemu dengan penaja lain dan masing-masing sibuk. Memang ada banyak tawaran dari dalam dan luar negara untuk melatih dan sebagainya, tetapi masih terlalu awal untuk saya buat keputusan,” katanya.





