TIDAK dapat dinafikan ibu bapa merupakan watak utama dalam kehidupan anak-anak sama ada aspek pembelajaran mahupun aktiviti lain seperti sukan, namun sejauh manakah keterlibatan mereka diperlukan?
Partisipasi ibu bapa dalam kehidupan anak-anak yang sedang terlibat dalam acara sukan menjadi topik perbincangan dalam kalangan pendidik di sekolah apabila wujud pengalaman kurang enak yang menganggu jurulatih ataupun guru dalam melatih para pelajar mereka.
Jika sebelum ini Majoriti melaporkan, salah seorang ibu bapa berpendapat sesetengah isu campur tangan itu boleh berlaku disebabkan sikap terlalu bersemangat dalam memberi sokongan kepada anak-anak dan ada juga faktor sambung belajar menjadi alasan.






