Sukan

[VIDEO] Atlet lompat galah patah kaki sebelum sempat pamer aksi

ATLET lompat galah Perancis, Margot Chevrier mengalami kejadian ngeri paling sukar dilupakannya apabila ditimpa kecederaan parah selepas terjatuh dari ketinggian hampir lima meter.

Kejadian yang menyaksikan Chevrier disahkan mengalami kecederaan patah kaki itu berlaku ketika dia cuba untuk melepasi jarak kedua 4.65 meter pada Kejohanan Tertutup Olahraga Dunia di Glasgow, Scotland baru-baru ini.

Melihat pada klip potongan video yang tukar di media sosial, atlet berketinggian 1.72 meter berkenaan mendarat di tepi landing mat sebelum sempat melepasi palang di percubaan keduanya pada ketinggian 4.65 meter.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.