Sukan

[VIDEO] Apek teruja bola sepak Kelantan kembali meriah, serahkan masa depan kepada pengurusan Sabah

SELEPAS bermusim-musim sendu tanpa sebarang perkembangan, bola sepak Kelantan seperti menerima nafas baharu apabila tiga pasukan dijangka menjadi tumpuan bagi saingan akan datang.

Ini termasuk Kelantan Darul Naim (KDN) FC yang akan bersaing dalam Liga Super sementara Kelantan Red Warriors (KRW) FC dan Kelantan WTS FC sudah menempah slot dalam saingan Liga A1 Semi Pro.

Meskipun ketiga-tiga daripadanya tidak menjanjikan kejayaan segera, ia memberi gambaran sukan tersebut sudah kembali mendapat tempat selepas hampir dua tahun dirudung pelbagai isu luar padang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.