GELAGAT anak lelaki penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi berjaya mencuri perhatian dan mencuit hati penyokong tanah air baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di laman TikTok oleh @ikrammarozan, anak Syihan yang dikenali sebagai Ahmad Rayyan Putra Ahmad Syihan Hazmi kelihatan menunjukkan bakatnya dalam sukan bola sepak.
Dalam video tersebut, anak Syihan yang mesra disapa Rayyan itu menampilkan skil sebagai penyerang dengan membawa bola ke arah pintu gol selepas perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Harimau Malaya dan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Isnin.





