MANCHESTER United mengesahkan akan membawa keseluruhan pemain utamanya, termasuk mereka yang bakal beraksi di final Liga Europa menentang Tottenham Hotspur pada 21 Mei ini ke Kuala Lumpur bagi perlawanan istimewa menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei nanti.
Dalam sidang media pra-perlawanan menentang West Ham, Ketua Jurulatih Man United, Ruben Amorim berkata, mereka akan membawa semua pemain ke Kuala Lumpur.
Tambah Amorim, jelajah tersebut adalah cara kelab untuk kembali menjalin hubungan rapat dengan para penyokong, terutamanya selepas musim yang mengecewakan.