AKSI derbi Lembah Klang menyaksikan Kuala Lumpur (KL) City FC berjaya mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya meraih kemenangan ke atas Selangor FC selepas lebih 26 tahun dalam aksi Liga Malaysia dengan jaringan tipis 1-0 pada Ahad.
Momentum cemerlang Gergasi Merah dalam kempen Liga Super 2024 ‘terhenti’ seketika apabila The City Boys berjaya bergelar ‘raja’ baharu Lembah Klang.
Dalam perlawanan yang berlangsung di stadium lawan itu menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut untuk mendapatkan jaringan.





