PEMAIN pinjaman Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid dilaporkan mengalami kecederaan di kepala gara-gara menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.
Difahamkan, pemain pinjaman dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu disamun di Tanjung, Kuala Terengganu pada 9 malam, Khamis.