PEMAIN pertahanan Manchester United, Harry Maguire sering menjadi subjek kepada kritikan hebat pengikut bola sepak dunia dek kerana aksi hambarnya.
Sering melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang kemudiannya mendorong kepada kekalahan United, prestasi Maguire bukan saja ‘dibahan’ oleh penyokong tetapi ahli politik tidak juga ketinggalan melakukan perkara sama.
Sebelum ini, seorang ahli politik dari Ghana, Isaac Adongo secara terbuka mengutuk Maguire dalam sidang parlimen negara tersebut.





