SUKAN tinju semakin popular dalam kalangan rakyat negara kita sejak sekian lama.
Pastinya sukan lasak tersebut sememangnya menarik minat pelbagai pihak terutamanya golongan muda untuk mempelajarinya biarpun ia adalah aktiviti yang memerlukan disiplin mental dan fizikal berada pada tahap yang tinggi.
Bagi peminat sukan tinju, siapa tidak kenal dengan Adli Hafidz Mohd Pauzi, petinju profesional negara yang baru-baru ini mencipta sejarah apabila menjuarai kategori Light Heavyweight WBC Asian Continental di Bangkok, Thailand.

Adli Hafidz bersama anugerah yang berjaya dicapai olehnya sepanjang bergelar atlet. — Facebook/AdliGoldenboy







