Sukan

[V] Tak puas hati gol dibatalkan, penyokong baling skuter budak ke arah pembantu pengadil

PERLAWANAN bola sepak liga amatur bertukar huru-hara apabila seorang penyokong melemparkan sebuah skuter mainan budak dari tempat duduk penonton dan mengenai pembantu pengadil.

Insiden pada Ahad itu berlaku ketika perlawanan Kumpulan B Liga Amatur 1 Malatya antara Darendespor dan Hekimhan Belediyesi Girmana Spor di Stadium Daerah Darende di Turkiye.

Kedudukan ketika itu seri 1-1 pada minit ke-87 apabila Darendespor menjaringkan gol yang kemudian dibatalkan oleh pembantu pengadil, Hakan Başkurt kerana offside.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh