BEKAS penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohamed disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru ‘Legend All Star’ di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak pada Sabtu malam.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan, Allahyarham berusia 53 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Seri Manjung pada pukul 10.23 malam.
"Mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya pada Ahad.