SUKAN boling merupakan pilihan sukan popular kerana ia menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dimainkan oleh semua peringkat umur.
Hal ini kerana, sukan tersebut boleh dimainkan di pelbagai pusat boling dan tidak memerlukan kemahiran fizikal yang tinggi.
Bercakap mengenai pusat boling, sudah pasti ramai pemain amatur lebih memilih untuk menggunakan bola ‘in house’ yang disediakan.







