CABARAN skuad Harimau Malaya di kejohanan Piala Asia bakal dimulakan dengan aksi pertama peringkat kumpulan menentang Jordan pada 16 Januari 2024.
Meskipun skuad ‘The Chivalrous Ones’ berada di ranking yang jauh lebih baik di tangga 87 dunia, barisan pemain Kim Pan-gon pada kempen kali ini dilihat sudah cukup bersedia dari segi mental dan fizikal bagi berdepan cabaran getir di peringkat Asia.
Jika diimbas secara rambang, keputusan atas kertas jelas menunjukkan Malaysia seolah-olah tiada peluang untuk memenangi perlawanan tersebut susulan taraf serta kualiti pemain Jordan yang dikatakan lebih baik berbanding pemain tempatan.