Suria7

Sukan

Untung nasib jurulatih tiada sebarang jaminan

BOLA Pegun kembali menemui pembaca. Kolum ini, sesuai dengan namanya mengenai situasi bola mati yang penting dalam memburu jaringan, akan cuba berkongsi sorotan mengenai suka duka jurulatih, pemain mahupun pasukan mengejar kejayaan dalam saingan Liga Super musim 2024/25.

BENARLAH untung nasib jurulatih dalam Liga Super tiada sebarang kepastian bak kata perumpamaan untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Jika bernasib baik akan selamat, sebaliknya jika bernasib malang binasalah hingga kejayaan bersama pasukan sekalipun tidak mampu diyakini boleh menjadi insurans hayat.

Ambil contoh jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2023, Esteban Solari. Empat kejuaraan yang dihadiahkannya kepada skuad Harimau Selatan itu sekadar menjadi buah tangan perpisahan daripada jurulatih kelahiran Argentina itu yang tidak dilanjutkan kontrak dalam pada juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu mahu berjimat-cermat dengan mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30 hingga 40 peratus pada musim baharu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%