Sukan

UniSZA julang Pantai Timur, cipta sejarah anjur kejohanan antarabangsa bola sepak peringkat akar umbi

UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal mencipta sejarah sebagai institusi pengajian tinggi pertama di Pantai Timur yang menganjurkan kejohanan bola sepak berstatus antarabangsa untuk peringkat akar umbi yang dijenamakan sebagai UniSZA International Youth Cup 2025 yang dijadualkan sepak mula pada 13 dan 14 September depan di Stadium UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Penganjuran sulung ini menyasarkan penyertaan pasukan peringkat usia bawah bawah 8 tahun hingga 14 tahun, dan sehingga kini telah menarik minat lebih 90 penyertaan dari dalam dan luar negara termasuk pasukan dari Indonesia dan Singapura yang telah mengesahkan kehadiran.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah turut berperanan sebagai platform pembangunan bakat muda secara kompetitif dan tersusun.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh