Sukan

‘Turunkan pemain senior tapi bintang muda JDT masih menyinar di aksi penutup Piala MFL’

JOHOR Darul Ta’zim II (JDT II) dinobatkan sebagai juara Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) 2024/2025 selepas mencatat kemenangan meyakinkan 7-0 ke atas Penang FC II dalam aksi terakhir yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, pada Selasa.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan JDT II menamatkan saingan di kedudukan teratas dengan kutipan 53 mata, sekali gus menjarakkan diri daripada pencabar terdekat, Selangor FC yang turut mencatat kemenangan 7-0 ke atas Kedah Darul Aman FC B namun terpaksa berpuas hati di tangga kedua.

Kejayaan tersebut turut menjadi penawar duka buat skuad bimbingan Gonzalo Zaballos yang sebelum ini terkandas di pentas akhir Piala MFL musim 2023 selepas tewas kepada Terengganu FC II.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%