KETUA Jurulatih interim Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Victor Andrag merasakan bahawa dia sedang berjuang dalam pertempuran yang sukar untuk memastikan pasukannya kekal bersatu.
Walaupun KDA FC berjaya meraih kemenangan 1-0 dalam perlawanan Liga Super 2024 menentang Penang FC pada Rabu, perjuangan Victor adalah untuk memastikan pasukan tetap bermotivasi meskipun kelab masih berdepan dengan masalah gaji.
“Saya tidak pasti siapa yang akan hadir untuk latihan. Kami cuba memastikan pemain hadir, tetapi apabila mereka tidak datang, kami tidak boleh menuntut terlalu banyak daripada mereka.