SEORANG pemain lawan pedang wanita Korea Selatan, Nam Hyun Hee baru-baru ini mendapati dirinya terlibat dalam skandal penipuan sehingga menggemparkan negara Asia.
Mana tidaknya, ‘tunang’ yang diperkenalkan kepada dunia selepas 12 tahun hidup bercerai dengan bekas suami, rupa-rupanya merupakan seorang wanita.
Malah dia hanya menyedari perkara tersebut apabila beberapa pelayar media sosial mendedahkan identiti wanita terbabit selepas gambar mereka tersebar.




