Sukan

Tumpaskan beregu Indonesia, Tang Jie-Ee Wei hanya perlukan 42 minit muncul juara Terbuka Australia

JUARA dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memberikan peringatan jelas mengenai kemampuan mereka apabila berjaya merangkul gelaran juara beregu campuran Terbuka Australia.

Pada Ahad, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi penuh dominasi apabila mudah menewaskan pasangan Indonesia ranking nombor 11 dunia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu dengan kemenangan 21-16, 21-11 dalam tempoh 42 minit di Sydney Olympic Park.

Kejayaan tersebut merupakan gelaran Jelajah Dunia pertama mereka tahun ini dan hadir tepat pada masanya sebagai tonik keyakinan menjelang Sukan SEA di Thailand dari 9 hingga 20 Disember.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh