PEMAIN tengah skuad kebangsaaan, Syamer Kutty Abba mahu rakan sepasukan melupakan kekalahan 0-1 berdepan Bahrain dalam perlawanan kedua Kumpulan E Piala Asia secepat mungkin dan fokus kepada cabaran terbesar mereka menentang Korea Selatan.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hammad, Qatar itu, pemain sayap Bahrain, Ali Madan mematahkan tentangan Harimau Malaya dengan rembatan jarak jauh pada masa kecederaan minit ke-96 yang berjaya melepasi tiga pemain Malaysia dan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi.
Syamer, yang bermain untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Super, kagum dengan persembahan yang ditampilkan olehnya walaupun dikeluarkan pada separuh masa kedua.






