PEMAIN badminton perseorangan negara, Ng Tze Yong berharap supaya tahun naga akan memberikan tuah kepadanya terutama sekali dalam urusan kariernya.
Dia yang masih memburu slot ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis mengharapkan perjalanan karier yang lebih baik selepas ini. Hal ini kerana, kecederaan yang dialaminya ketika kejohanan Terbuka Malaysia menganggu momentumnya.
Kini semakin pulih, Tze Yong mempunyai peluang untuk mewakili negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BTAC) yang akan diadakan dekat Setia Alam, Selangor pada 13 hingga 18 Februari.






