LIGA Super sudah memasuki minggu kedua (LS2) dengan 19 jaringan dihasilkan dalam perlawanan yang menyaksikan Selangor FC, Johor Darul Ta’zim (JDT), PDRM FC dan Sabah FC berjaya mengutip tiga mata penuh.
Minggu kedua juga menyaksikan JDT kekal sebagai pendahulu liga selepas berjaya mengutip enam mata penuh diikuti Terengganu, Sabah dan Sri Pahang FC sebanyak empat mata.
Namun apa yang lebih menarik, liga musim ini gol-gol di awal musim sudahpun dijaringkan oleh pemain pertahanan sekali gus mencalar reputasi penyerang yang masih gagal meledak sebarang jaringan.





