Sukan

Trend pemain boikot latihan akibat masalah gaji, bukti Liga Super kini cecah titik terendah — Hanif Miswan

LIGA Malaysia (Liga M) terus dihimpit isu tunggakan gaji selepas dilaporkan giliran pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pula memboikot sesi latihan apabila pasukan dari Pantai Timur itu terkait dengan masalah tersebut.

Sebelum ini, pemain-pemain Kedah Darul Aman (KDA FC) juga menggunakan cara yang sama dengan memboikot sesi latihan pasukan selepas pihak pengurusan tidak berjaya melunasakan tunggakan gaji Sang Kenari sejak awal musim.

Melihat situasi semasa dialami dua kelab gergasi Liga Super itu, pemerhati sukan tempatan, Hanif Miswan berpandangan perjalanan liga bola sepak negara semakin tenat dan telah pun mencecah titik terendah sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh