Sukan

Tonggak utama belum cukup rehat, 3 pemain JDT bersedia hadapi juara Kemboja

JAGUH Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui musim yang padat musim ini berikutan perlu menghadapi saingan domestik, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Kejuaraan Kelab Asean atau Shopee Cup.

Selepas mengesahkan tiket ke final Piala FA menerusi kemenangan agregat 4-1 ke atas Kuching City pada Ahad lalu, skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama sebelum berlepas ke Kemboja untuk aksi penting menentang Svay Rieng.

Kemenangan ke atas The Cats itu hadir hanya beberapa hari selepas anak buah Xisco Munoz dimalukan Melbourne City FC 0-2 dalam aksi ACLE pada 25 November, sekali gus menyaksikan JDT mengharungi dua perlawanan dalam tempoh seminggu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh