Sukan

‘Tomi kirim salam’, fans Terengganu rindu kelibat Tomislav Steinbruckner lepas terkena ‘comeback’ di tempat sendiri

PENYOKONG Terengganu FC (TFC) dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan pertemuan melibatkan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Jumaat (14 Februari).

Manakan tidak apabila pasukan pelawat, KL City berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk membawa pulang tiga mata berharga dengan keputusan akhir 2-1 meskipun Terengganu terlebih dahulu menjaringkan gol.

Jaringan berkelas dunia Safwan Mazlan dari luar kotak penalti pada minit ke-15 berjaya disenyapkan KL City menerusi gol Paulo Josue dan Patrick Reichelt.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh