Sukan

Tomi belum tekan butang panik, 2 nama disebut jadi pengganti sementara Akhyar Rashid

KEM Terengganu FC (TFC) ketika ini berdepan situasi sukar apabila pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dilaporkan disamun pada Khamis.

Pemain sayap kiri Sang Penyu itu mengalami kecederaan di kepala, kaki kiri dan lengan kiri dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu selepas kejadian itu.

Dengan kempen Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula pada 10 Mei nanti, pastinya timbul kebimbangan sekiranya Akhyar diketepikan daripada menjalani latihan bersama Sang Penyu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.