JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) terus memperkukuhan nama mereka di persada dunia apabila berjaya menarik minat bekas pemain Real Madrid, Jese Rodriguez untuk memperkuatkan Harimau Selatan dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Pemain berusia 31 tahun itu menjadi bintang ke-10 dibawa JDT musim ini selepas sudah menandatangani Iker Undabarrena, Andoni Zubiaurre, Jorge Obregon dan beberapa import lain.
Jese boleh dilabel sebagai ‘big signing’ buat JDT musim ini kerana pengalamannya beraksi bersama beberapa kelab handal di Eropah.








