Sukan

Tiru cara Man United, Liverpool harus panggil legenda The Reds ‘sarung’ semula but

DALAM usaha memperkukuh benteng pertahanan yang semakin rapuh, Liverpool dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah luar biasa dengan memujuk semula bekas pertahanan tengah mereka, Joel Matip untuk keluar daripada persaraan. 

Langkah itu dikatakan muncul selepas pengendali The Reds, Arne Slot bergelut mencari formula terbaik untuk menstabilkan pasukannya yang kini dilihat kekurangan pemain berkualiti di bahagian pertahanan tengah.

Slot dilaporkan mahu pemain yang mampu memulakan serangan dari bawah dan selesa mengawal bola di kawasan sendiri, namun ketika ini hanya Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Ibrahima Konate tersedia, itupun dengan beberapa isu kecergasan dan kontrak.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh