KEPAKARAN kejurulatihan sukan terjun tempatan terus diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila bekas pengarah teknikal skuad terjun kebangsaan, Bryan Nickson Lomas dipancing negara di benua Asia.
Pengunduran Bryan sebagai pengarah teknikal pasukan terjun hadir seminggu selepas bekas penerjun wanita negara, Wendy Ng dilantik sebagai jurulatih pembangunan bakat pasukan penerjun kebangsaan Singapura.
Bryan telah menghantar surat perletakan jawatannya pada 23 Disember lepas, dan secara rasmi menamatkan tugasnya bersama skuad kebangsaan pada 22 Januari untuk melebarkan sayapnya dalam bidang kejurulatihan.






