PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) menunjukkan kesungguhan mahu memperbaiki kedudukan dalam pusingan kedua Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) dengan membawa masuk beberapa pemain baharu baru-baru ini.
Inisiatif tersebut diambil selepas pasukan Utara tanah air berkenaan mengumumkan keputusan melepaskan empat pemain selepas berasakan prestasi pasukan di tahap mengecewakan pada pusingan pertama MPFL.
Mereka yang ditunjukkan jalan keluar ialah Shammir Olmedo, Luqman Yaakob, Shamsuri Saleh serta bekas tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Yazid Kamaruzuan dengan pendekatan tersebut menerima persoalan penyokong.





