Sukan

Tiga lagi pasukan termasuk KDA dan wakil Perlis sertai Liga A1, jadikan 16 kelab bertanding

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC), Guar Syed Alwi FC (GSA FC) dan FC Seoul Phoenix dari Korea Selatan kini disahkan menyertai saingan Liga A1 Semi Pro 2025/2026 selepas memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Amatur (AFL).

Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, sebelum ini mengumumkan bahawa ketiga-tiga pasukan tersebut diberikan kelulusan bersyarat dan diberi tempoh untuk melengkapkan dokumentasi yang diperlukan.

Kini, ketiga-tiga kelab itu berjaya memenuhi syarat tersebut dan layak beraksi dalam liga divisyen kedua tanah air.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh