TONGGAK DPMM FC, Tommy Mawat Bada menegaskan semangat juang pasukannya semakin tinggi menjelang aksi getir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super 2025/26 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Sabtu, lapor MFL.
Menurutnya, selepas meraih kemenangan sulung 1-0 ke atas Melaka FC baru-baru ini, DPMM FC kini semakin bersemangat untuk memperbaiki kedudukan mereka yang kini berada di tangga ke-10 Liga Super.
Kemenangan tersebut bukan sahaja memberi tiga mata berharga tetapi turut menyuntik keyakinan baharu dalam kalangan pemain.






