PETINJU wanita Muslim pertama yang mewakili Australia di Sukan Olimpik,Tina Rahimi, mengkritik larangan hijab dalam kalangan atlet Perancis, yang menghalang mereka menyertai sukan tertentu di Sukan Olimpik.
Menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya, Rahimi percaya wanita sepatutnya mempunyai hak untuk memilih cara mereka berpakaian.
“Dengan atau tanpa hijab. Saya memilih untuk memakai tudung kerana ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama saya dan saya bangga melakukannya,” katanya.






