LIVERPOOL kembali menikmati kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sah menjulangnya dengan berbaki empat perlawanan apabila mengalahkan Tottenham Hotspur, Ahad lalu.
Ia membolehkan The Reds meriah gelaran liga ke-20 sekali gus menjadikan mereka kelab terulung di England mengatasi Manchester United dan Arsenal dalam kutipan trofi.
Kejayaan itu menggembirakan penyokong Liverpool dan bintangnya, Mohamed Salah yang berjaya mengotakan janji untuk memberikan kejuaraan EPL musim ini.





