TIADA kos terlibat bagi membaik pulih permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang rosak susulan konsert Coldplay diadakan di venue berkenaan pada Rabu lepas, tegas Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Katanya, ini kerana terdapat tapak semaian berdekatan stadium berkenaan yang mempunyai rumput jenis Zeon Zoysia dan boleh terus digantikan jika permukaan padang rosak.
“Jadi, bila ada rawatan dan pembaikan (terhadap permukaan padang), ia tak melibatkan kos kerana tapak semaian itu sudah wujud.
Tunku Ismail Idris berkongsi status semasa padang di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL pada Jumaat.